21 kaedah menjimatkan duit yang menarik untuk dicuba

21 kedah mudah dan menarik untuk menyimpan duit.

Orang kaya mudah menyimpan, orang boros mudah berberlanja. Setengah orang berpendapat begitu. Ada masanya aku mengangguk setuju, ada masa aku berkata, “Duit yang dapat pun sikit, macam mana nak menyimpan?”. Dalam hati aku tahu, aku baru sahaja memberikan alasan. Ramai yang boleh menyimpan tanpa alasan, yang membezakannya hanyalah jumlah yang disimpan.

Tabiat menyimpan duit salah satu faktor yang boleh diperhatikan apabila kita menilai sikap seseorang terhadap duit. Mudah menyimpan, pandai urus duit. Susah menyimpan, boros. Terdapat banyak kaedah untuk menyimpan duit sebenarnya. Aku cuba mengumpulkan jawapan kepada persoalan ini; Macam mana nak simpan duit dengan mudah?

Menyimpan duit ini ialah satu kemahiran. Sebagaimana kemahiran dalam apa jua bidang yang lain, ianya boleh dipelajari dan dimahirkan. Semestinya melalui latihan dan pengulangan. Secara mudahnya, setiap orang perlu melatih diri untuk menyimpan duit jika mahu menjadikannya satu tabiat. Hasilnya bergantung kepada cara dan usaha individu. Sebagai perkongsian, di sini aku nyatakan 21 tips untuk menabung dengan mudah.

#1 Bayar diri sendiri sebelum membayar orang lain.

Jika kita tidak mempunyai wang, mampukah kita membantu seseorang dari segi kewangan? Kebanyakan penasihat kewangan akan bersetuju dengan kenyataan ini; pay yourself first. Kita bersusah payah mencari duit, jadi secara logiknya kitalah orang yang paling layak menikmati duit itu.

Setiap kali menerima gaji, mendapat upah, dibayar oleh pelanggan, perkara pertama yang kita perlu lakukan ialah membayar diri kita sendiri. Sebagai permulaaan kita boleh mulakan dengan peratus yang rendah, mungkin bermula daripada 5% dari apa yang kita perolehi. Kemudian tingkatkan kepada 10%, satu nombor yang aku rasakan sesuai dengan rakyat malaysia. Tidak salah bermula dengan jumlah yang sedikit, asalkan setiap bulan pastikan kita membayar diri sendiri terlebih dahulu. 

Bagi membina displin dalam hal ini, pembayaran kepada diri sendiri itu sebolehnya diautomatikkan. Cara paling mudah ialah melalui standing instructions kepada bank melalui akaun simpanan kita. Wujudkan akaun berasingan dan arahkan pemotongan secara automatik kepada akaun utama kita setiap bulan kepada akaun ini. Biasanya perkara ini boleh dilakukan dengan mengisi borang yang mudah di bank atau melalui aplikasi perbankan online.

Ada duit senang hati tips mudah menabung

Bagi yang mempunyai gaji tetap, pemotongan melalui slip gaji juga boleh dilakukan. Sebagai contohnya, arahan pemotongan automatik ke Tabung Haji atau Amanah Saham (ASB / ASN) boleh dilakukan melalui majikan, terutamanya mereka yang bekerja di sektor awam. Bagi yang mempunyai gaji tetap, pemotongan melalui slip gaji juga boleh dilakukan. Sebagai contohnya, arahan pemotongan automatik ke Tabung Haji atau Amanah Saham (ASB / ASN) boleh dilakukan melalui majikan, terutamanya mereka yang bekerja di sektor awam.

#2 Menyimpan dengan matlamat yang jelas, lebih mudah dilakukan.

Cuba lihat pelajar sebagai contoh, pelajar sekolah atau penuntut universiti, kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap. Duit belanja ,biasiswa, atau lain-lain bantuan kewangan hanya dapat digunakan untuk menampung keperluan yang amat asas sahaja.Tetapi, kita boleh lihat ada pelajar yang mampu membeli gadget atau barangan lain yang boleh dikatakan mahal bagi tahap kewangan mereka. Bagaimana mereka mampu membeli benda itu?

Jawapannya ialah kerana mereka mempunyai matlamat dan keinginan yang kuat. Dengan sasaran yang jelas, contohnya untuk memiliki iPhone, mereka akan mula ‘mengikat perut’ dan mempertimbangkan setiap sen yang dibelanjakan, semata-mata untuk mencapai hajat tadi.

Menyimpan tanpa matlamat, seolah-olah memandu tanpa arah.

Kebanyakan mereka yang menyimpan tanpa tujuan akan secara tiba-tiba menggunakan duit yang ditabung untuk membeli sesuatu, kemudian menyesal. Berbeza dengan cara menyimpan duit bagi pelajar sekolah. Saya katakan begitu kerana menetapkan sasaran untuk menyimpan adalah asas untuk menabung. Sasaran menabung itu yang menjadikan kita konsisten dan berusaha dalam mencapai jumlah tabungan yang telah ditetapkan.

Konsep inilah yang perlu kita bawa sehingga dewasa. Dalam alam pekerjaan dan berkeluarga, terlampau banyak komitmen yang perlu kita penuhi. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan panjang, tetapi tidak terlampau banyak sasaran pada sesuatu masa bagi memudahkan kita fokus kepada satu-satu matlamat sebelum beralih kepada matlamat lain.

Contohnya sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan duduk di rumah sewa dan baru ingin memulakan kehidupan berkeluarga. Kesilapan paling besar dan kerap dilakukan ialah dengan berhutang untuk membeli perabot dan kelengkapan rumah sekaligus.

Jika kita menggunakan cara menyimpan duit #2 ini kita akan memilih cara yang berbeza. Perkara pertama dibeli mungkin sekadar tilam dan dapur sahaja. Pada bulan berikutnya mungkin kita menetapkan mesin basuh sebagai matlamat simpanan. Simpan dan beli tunai. Apabila sudah tercapai, ubah pula matlamat tadi kepada peti sejuk, begitulah seterusnya sehingga semua dilengkapkan.

Kaedah ini akan mengajar kita membezakan mana satu yang penting dan perlu diutamakan. Kaedah ini mengajar kita perbezaan antara keperluan dan kemahuan.

#3 Tetapkan jangka masa tempoh menyimpan.

Antara cara menabung paling berkesan ialah dengan menetapkan tempoh masa tabungan. Kesinambungan dari contoh di atas, contohnya, ingin membeli peti ais dalam masa satu bulan. Maksudnya 30 hari. Apabila kita pecahkan begitu, kita akan lebih mudah mengenalpasti berapa ringgit sehari perlu dijimatkan dan disimpan.

Sasaran menbaung kita akan menjadi lebih kecil dan mudah dipenuhi. Sekiranya ada hari kita gagal menyimpan, pastikan jumlah itu dilunaskan secepat mungkin dihari berikutnya. Penagguhan yang kerap, akan membutakan matlamat kita tersasar dan mewujudkan rasa berputus asa dalam menabung.

Biasanya kita akan beli dahulu dan jimat kemudian. Itulah cara menyimpan yang salah.

Tips menbaung berkesan tetapkan masa

Keputusan besar seperti berkahwin, membeli kereta, dan membeli rumah haruslah dilakukan dengan menggunakan menggunakan kaedah ini.

Tetapkan masa dan simpan duit dengan sasaran bulanan yang tetap. Elakkan zero downpayment kerana kita mungkin akan terjerat. Sekiranya kita mampu menabung untuk bayaran muka, maka kita tidak akan bermasalah untuk membuat bayaran bulanan.

Sekiranya setelah tabungan ‘duit muka‘ kita cukup, dan kita terjumpa pula tawaran zero downpayment, itu adalah satu bonus. Setidak-tidaknya kita akan mempunyai tabung kecemasan sekiranya nanti kita gagal untuk membayar ansuran bulanan.

Perkara paling penting ialah kita mempunyai sasaran jangkamasa berapa lama untuk menyimpan. Sikap ‘nanti bila duit cukup’ tidak membantu. Hajat kita semakin akan semakin tertangguh, bertambah atau bertukar kepada hajat yang baharu. Jika kita mempunyai dateline sendiri, kita akan lebih bermotivasi untuk menabung.

#4 Tetapkan jumlah sasaran duit untuk disimpan.

Apabila kita telah tetapkan tujuan dan jangka masa kita akan menyimpan, kita perlu tetapkan pula berapa banyak sasaran simpanan kita. Contohnya kita memerlukan RM 5000 dalam masa 6 bulan untuk membeli sebuah motosikal. Lihat bagaimana tips menyimpan duit #2 hinga #4 ini menjadi satu.

Hanya dengan menetapkan jumlah sahaja barulah kita akan nampak cara untuk menyimpan duit pendapatan kita agar sasaran kita tercapai. Jika kita hanya mengambil pendirian tengoklah berapa banyak boleh simpan, kemungkinan besar kita akan gagal menabung.

#5 Ketahui kemana wang kita dibelanjakan.

Cara yang paling selamat dan terperinci ialah mencatatkan setiap perbelanjaan, setiap hari. Jumlahkan perbelanjaan ini pada hujung bulan. Dengan itu, kita akan tahu jumlah sebenar dan untuk apa duit kita dibelanjakan. Petrol berapa, makan berapa, rokok berapa, berjalan-jalan berapa, baju baharu berapa dan seterusnya.

Mencatat perbelanjaan harian ini bukan perkara remeh yang memerlukan masa untuk dilakukan. Kaedah paling asa ialah menggunakan pen dan kertas. Pada satu masa dahulu mungking lembaran excel yang telah diformulakan untuk mengira jumlah secara automati, autosum.

Pada masa kini, kewujudan pelbagai aplikasi sama ada di dalam Google Playstore atau Apple Stor akan memudahkan tugas ini. Terdapat banyak pilihan spending tracking apps yang boleh dijadikan pencatat perbelanjaan harin.

Apabila kita ada maklumat ini kita boleh mendapatkan cara menabung paling bekesan untuk diri sendiri. Apabila mahir, kita boleh ajarkan kepada ahli keluarga, agar semuanya tahu cara untuk menyimpan dengan bijak.

Cuba berikan kategori untuk setiap perbelanjaan. Contohnya apabila membeli beras, kita kategorikan sebagai keperluan rumah. Apabila pergi menonton wayang pula kita kategorikan sebagai hiburan. Jumlah duit yang telah dibelanjakan bagi setiap kategori akan memberitahu kita bagaimana wang kita dibelanjakan.

Sekiranya hiburan melebihi keperluan, kita seorang pembazir. Kategori yang paling penting ialah simpanan. Adakah kategori ini yang sentiasa kosong?

#6 Potong perbelanjaan yang tidak perlu.

Kali pertama ‘melihat’ arah wang kita dibelanjakan, mungkin akan memberikan tekanan kepada kita. Pada masa inilah pelbagai soalan akan timbul.

“Kenapalah aku beli itu,”

“Kenapalah aku merokok,”

“Kenapalah tak boleh tunggu bulan hadapan,”

Ini perkara normal bagi manusia. Tugas kita disini ialah untuk memastikan kesilapan pada bulan semasa tidak berulang di bulan hadapan. Setiap kali hendak keluarkan duit, ingatlah kepada matlamat, jangka masa dan jumlah yang perlu disimpan.

Kaji semula bajetuntuk mantapkan perbelanjaan

Kita perlu duduk dan memikirkan semula perbelanjaan harian atau bulanan kita, dalam usaha mencari ruang penjimatan yang boleh dilakukan. Jika sudah berpasangan ata bekeluarga, libatkan mereka bersama dalam membuat keputusan ini.

Perkara pertama yang boleh dikaji ialah bil bulanan. Cuba bertanya kepada diri sendiri apakah bil bulanan yang boleh diberhentikan. Adakah pembayaran langganan bulanan seperti bil rangkaian televisyen atau internet itu perlu.

Jika langganan bulanan ini dipotong, apakah kesannya kepada kita. Adakah alternatif lain yang lebih murah atau percuma kepad aperkhidmatan yang kita langgan ini sekarang. Berapa banyak pula penjimatan ynag kita perolehi sekiranya pemotongan ini dilakukan dan kemana pula penjimatan ini akan digunakan?

Sekuat mana kita berkendakkan barang itu atau sekuat manakah kita hendak mencapai matlamat kewangan itu. Bagi yang mengumpul duit untuk berkahwin; secepat manakah anda ingin perkahwinan itu dilangsungkan?

Ingatkan diri sendiri setiap kali ingin berbelanja.

#7 Bina budget bulanan

Bajet ialah perancangan kewangan sendiri. Kenapa pembentangan bajet selalu menjadi perhatian sekitar bulan Oktober setiap tahun? Sebab disitulah kita akan tahu kemana duit kerajaan dirancang untuk dibelanjakan. Walauoun perancangan ini boleh berubah, sama ada bertambha atau dikurangkan, perancangan bajet ini tetap menjadi panduan utama dalam pengurusan perbelanjaan wang kerajaan.

Perkara yang terdapat di dalam bajet akan dilaksanakan, manakala perkara diluar bajet tidak akan mendapat layanan.

Begitu juga dengan diri sendiri. Ada bajet, barulah kita tahu ke mana duit yang ada di tangan harus dibelanjakan. Kalau tiada bajet, kita akan rasa seolah olah-olah mampu membeli semua benda selagi mesin ATM mampu mengeluarkan duit. Bila baki tidak mencukupi, barulah kita pegang kepala.

Bajet boleh bermula dengan menetapkan peratus pecahan pendapatan bulanan kita. Sebagai contoh, 10% sebagai simpanan kekal (menampung perbelanjaan setelah bersara), 5% sebagai simpanan kecemasan, 35% sebagai bayaran hutang dan komitmen kewangan bulanan, manakala bakinya untuk perbelanjaan. Dalam bajet ini semestinya keutamaan kategori diberikan mengikut keutamaan perbelanjaan.

Jika ada bajet, kita hanya perlu patuhi bajet, tiada dalam bajet, tidak dibeli. Lebih kuat displin dalam mematuhi bajet ini, akan lebih padu pengurusan kewangan peribadi kita.

#8 Berhenti membuat hutang yang baharu

Sesetengah orang menganggap hutang sebagai alat, atau leverage dalam membina kekayaan. Mereka berhutang memulkaan perniagaan atau melabur, akhirnya bejaya menjadi orang yang mempunyai banyak duit, yang datang bersekali dengan hutang yang banyak.

Mereka tidak salah, malahan mereka ialah unik. Kisah kejayaan sebilangan kecil yang berjaya ini kadang kala disalah tafsir sebagai jalan pintas untuk kaya. Meminjam bukan shortcut untuk menjadi jutawan.

Mereka yang berjaya mellaui cara ini mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidangnya dan memahami dengan betul risiko ynag terlibat. Kerana itu kita sering dengar kisah kejayaan orang-orang seperti ini seringkali menyebut pinjaman sebagai leverage dalam membentuk kekayaan.

Kenapa kita tidak pernah mendengar orang yang meminjam dalam jumlah yang besar tetapi tidak berjaya. Sebabnya mudah, tidak ada tempat untuk orang yang gagal bercerita. History are writtens by winner.

Dalam konsep kewangan peribadi, hutang ialah pembunuh kekayaan. Jangan mengganggap pinjaman peribadi ataupun personal loan sebagai jalan keluar. Meminjam bukan satu jalan penyelesaian, malahan akan menjadi masalah yang baharu. Mungkin dalam keadaan terdesak, melakukan pinjaman peribadi merupakan satu-satunya jalan yang kita nampak.

Masalah mula timbul apabila pinjaman yang dibuat terlapmau besar. Pinjaman peribadi berjumlah kecil yang kerap juga mendatangkan masalah. Kesimpulannya, dalam apa jua keadaan, pinjaman sebegini hendaklah dielakkan.

Tanamkan nekad untuk tidak lagi mahu berhutang. Percaya suatu hari nanti kita akan berupaya membeli setiap yang dihajati secara tunai.

Hutang bukan masalah pekerja bergaji kecil sahaja. Mereka yang bergaji mencecah RM5000 sekalipun jika tidak mengawal hutang, hanya boleh membelanjakan RM500 sahaja sebulan. Gaji yang besar ditolah hutang kondominium, hutang BMW dan hutang kad kredit, akhirnya hanya tinggal RM500 sahaja.

Apabila sudah bertekad untuk tidak membuat hutang baharu, senaraikan hutang lama sedia ada untuk mengetahui jumlah sebenar dan separah manakah ‘penyakit’ kita.

#9 Berhenti menggunakan kad kredit.

Kad kredit ialah satu bentuk hutang ‘mudah lulus’ dengan bunga yang begitu tinggi. Walaupun kad kredit kita ialah kad kredit islamik dengan tiada unsur riba, ‘bunga’ tersebut sudah diubah kepada bayaran yang patuh syariah yang masih juga tinggi.

Apabila kita tidak lagi menggunakan kad kredit, kita secara automatik telah membantu kepada tips menyimpan duit #8 tadi, iaitu tidak membuat hutang baharu. Ingatlah, kad kredit ialah punca kebanyakan golongan muda di Malaysia disenarai hitamkan malah ada yang diistiharkan muflis.

Walaupun sekiranyanya digunakan dengan betul, kad kredit boleh dijadikan sebagai alat kewangan yang bagus dan memudahkan, namun, bilangan individu yang tahu menggunakan kad kredit amat sedikit. Bagi yang tahu menggunakan kad kredit dengan betul pula, boleh juga tergelincir dan menggunakna kad tersebut secara tidak sihat.

Berjimat guna kad kredit di Malaysia

Kad kredit amat bahaya kerana ia seolah olah sebuah bank yang dengan mudah sahaja boleh meluluskan pinjaman anda. Mudahlah kita membuat hutang yang baharu.

Oleh itu, larang diri kita daripada menggunakna kad kredit. Sekiranya terguna, segeralah bayar sebelum bil dikeluarkan. Kita tidak perlu menuggu bil untuk membayar kad kredit.

Contohnya, kerana tiada tunai mencukupi, kita telah terguna kad kredit untuk mengisi petrol. Katakan jumlahnya RM 70. Terus lakukan pembayaran melalui online banking atau ATM pada hari yang sama. Dengan cara ini kita dapat memastikan kad kredit itu tidak akan menyebabkan hutang.

#10 Buat pemotongan gaji automatik.

Ramai yang berkata, apabila ada slip gaji, lebih mudah membuat pinjaman di bank berbanding bekerja sendiri. Itu bukanlah sudut yang kita patut lihat dari apadila kita mahu menyimpan. Slip gaji sebenarnya memberikan satu cara mudah untuk menyimpan wang secara automatik.

Tetapkan pemotongan secara bulanan sejak mula kita bekerja lagi. sekiranya belum, mulakan sekarang, dalam bulan ini juga. Potongan boleh dibuat ke akaun Tabung Haji, Amanah Saham ataupun akaun persendirian lain. Jumlah ini bolehlah ditingkatkan sekiranya gaji kita dinaikkan.

Lupakan dan jangan guna wang dari pemotongan ini atas apa alasan

Kerana berkesannya kaedah pemotongan automatik ini, kerjaaan sendiri telah mewajibkan melalui perundangan kewajipan caruman pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ataupun KWSP.

Bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan dengan potongan automatik KWSP seharusnya membuat potongan sendiri dengan kadar yang sama bagi tujuan tabung persaraan.

#11 Bekukan aset sendiri.

Aset yang beku bermaksud sesuatu harta yang kita miliki tapi tidak boleh kita gunakan dengan apa cara sekalipun. Membekukan aset sendiri bermaksud menyukarkan diri sendiri menggunakan duit yang ada dengan tujuan duit itu akan kekal disimpan.

Cara yang paling terkenal ialah dengan membeli emas. Sama ada emas perhiasaan ataupun jongkong, terpulanglah kepada diri kita sendiri. Pembelian setiap bulan emas, mempunyai fungsi yang sama seperti pemotongan gaji automatik tadi. Emas ini bernilai, tetapi nilainya tidak dapat digunakan serta merta, tidak semua tempat menerimanya. Bagi menggunakannya sebagai duit, emas perlu dijual atau dipajakkan terlebih dahulu.

Proses mencairkan emas inilah yang menukarkan nilai emas tadi kepada duit yang boleh digunapakai secara serta merta. Proses ini remeh, malahan sekiranya emas yang hendak dipajak atau dijual itu baru dibeli, kemungkinan besar kita akan rugi kerana harg untuk mendapatkannya lebih mahal daripada wang yang diterima apabila menjualnya dalam masa yang singkat.

21 tips simpan duit

Oleh kerana keremehan dan susut nilai ini, kita akan berfikir panjang sebelum menjualnya. Dalam jangka masa panjang, membekukan aset dengna cara ini akan menyelamatkan harta kita daripada digunakan secara impulsive, iaitu digunakan dengan membuat keputusan mengejut tanpa perancangan.

Selain emas, kita juga boleh membekukan wang simpanan kina di dalam fixed deposit ataupun simpanan berjangka. Sejumlah duit akan diletakkan ke dalam satu akaun khas yang lazimnya tidak boleh dikeluarkan sehingga mencecah tempoh matangnya. Sebagai ganjarna, bank akan membayar dividen ke atas jumlah itu dengan kadar yang lebih menarik daripada akaun simoanan yang bebas keluar masuk duitnya.

Ciri yang paling penting ialah memastikan duit yang disimpan itu sukar atau tidak boleh dikeluarkan. Inilah yang dikatakan kaedah menyimpan wang dengan cara membekukan aset sendiri.

#12 Beli barangan terpakai.

Mungkin ada yang berkata, kalau ada duit, bolehlah menyimpan, tapi kalau tiada langsung, bagai mana pula? Keadaaan ini dihadapai dalam semua lapisan sama ada bergaji kecil atau besar. Sekiranya apa yang diterima setiap kali gaji habis sebelum masuk gaji ynag baharu, maka mereka tidka mampu menyimpan.

Jika kita dalam keadaan itu, kita perlu ‘adakan’ juga duit. Apabila gaji masuk bertekadlah; Aku mungkin tiada apa untuk disimpan bulan lepas, tapi bulan ini aku mahu menyimpan. Langkah pertama untuk menyimpan ialah berjimat.

Cara menjimatkan duti dengan membeli kereta terpakai.

Di antaranya ialah dengan membeli barang terpakai. Dengan syarat, barang tersebut masih elok dan tidak mendatangkan masalah kepada kita. Contoh yang jelas ialah antara dua sahabat yang baru mula bekerja, seorang membeli kereta terpakai buatan tempatan, dan seorang lagi memberi kereta baharu berjenama import.

Dalam masa tiga tahun, yang membeli kereta baharu mula merasai beban dan keretanya pula mula kerap memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan. Sahabat yang membeli kereta terpakai tadi, kini boleh pula menjual kereta terpakainya untuk membeli kereta terpakai yang lebih elok.

Tujuh tahun kemudian, dia menjual kembali kereta terpakainya itu, untuk dijadikan pula duit muka untuk membeli kereta yang lebih baik, juga terpakai. Mungkin ketika hendak bersara barulah dia menjualnya pula untuk dijadikan down payment kereta yang baharu, yang betul-betul baharu.

Cara menjimatkan duit bagi pasangan yang menanti kelahiran anak.

Menanti kelahiran anak amat menyeronokkan dan juga memerlukan belanja yang besar. Dalam pelbagai barang yang perlu dibeli, ada yang boleh dibeli dari kategori barang terpakai.

Internet telah memudahkan kita mecari barangan terpakai untuk dijual. Di Mudah, Lelong, Facebook malahan instagram, pelbagai pilihan ada. Cotohnya kereta sorong, katil bayi, walker dan sebagainya. Barangan sebegini biasanya tidak dapat digunakan dengan lama, kerana bayi dna kanak-kanak sangat cepat membesar. Dalam masa setahun dua, barangan tersebut mungkin tidak lagi sesuai digunakan.

Dalam situasi ini, membeli ynag terpakia lebih praktikal dan menjimatkan berbanding membeli yang baharu. Sekiranya masih elok, tiada masalah untuk kita membeli dan menggunakan barang terpakai kerana itu cara yang mudah untuk kita menyimpan duit tanpa mengeluarkan duit.

#13 Hidup di bawah kemampuan.

Perbualan antara dua orang sahabat ini boleh kita jadikan tauladan intuk memahami bagaimana hidup di bawah kemampuan menjadi satu cara menyimpan wang dengan mudah;

Ali : Kenapa kau beli kereta ni?

Abu : Ini je aku mampu bro.

Ali : Patutnya engkau beli kereta kancil second hand je.

Bukan niat Ali untuk mencari gaduh dengan Abu. Tapi, ada kebenaran dalam kata-kata Ali. Abu memang mampu membeli kereta yang sekarangnya dia miliki. Tapi, jika dia mempunyai pilihan, dia sepatutnya membeli kereta yang di bawah kemampunanya.

Ramai orang kata, jangan lebih kuah dari senduk, hidup ikut kemampuan. Sebab itu jugalah ramai orang gagal menyimpan. Hidup melebihi kemampuan akan menjerut leher sendiri. Hidup mengikut kemampuan juga sebenarnya begitu. Jadi, yang terbaik ialah hidup di bawah kemampuan.

Jika mampu membeli kereta dengan bayaran bulanan RM1000, cari kereta yang 40% lebih murah dengan ansuran bulanan RM 600. RM400 yang baki itu jangan dibelanjakan ke arah lain. Tabung dan simpan. Belanjakan untuk kereta sahaja, dari segi servis, insurans dan cukai jalannya.

Jika masih ada lebih, simpan lagi, untuk membuat full settlement atau menokok bayaran muka ketika menukarkan kereta tersebut kepada kereta baharu.

Dengan cara ini, kita tidak akan terasa terbeban dan selalu over budget melayan kereta kita itu.

#14 Selesaikan hutang untuk perolehi pendapatan lebih besar.

Jika kita bekerja makan gaji, ada beberapa cara untuk membuatkan gaji kita bertambah. Kenaikan pangkat, kenaikan gaji tahunan, atau kenaikan tangga gaji. Tapi, ketiga-tiga cara itu adalah terpulang kepada budi bicara majikan.

Untuk berusaha ‘menaikkan’ gaji sendiri kita perlu mengurangkan jumlah yang dipotong daripada gaji itu. Pemotongan ini biasanya ialah hutang. Hanya pemotongan gaji yang diarahkan oleh kita sendiri untuk tujuan simpanan dan kwsp sahaja yang baik. pemotongan yang lain hanya akan mengurangkan jumlah gaji bersih yang kita terima.

Lebih banyak hutang yang boleh selesai, lebih besarlah gaji bersih yang kita akan terima. Jumlah ini lebih bermakna daripada memiliki gaji yang besar tetapi habis dipotong sahaja.

#15 Bermula awal

Pesanan yang selalu lambat kita dengar. Kalau dengar awal pun lambat kita sedar. Kalau sedar awal pun, lambat kita ambil tindakan. Dalam hal menyimpan wang atau menabung duit, sesiapa yang bermula lebih awal akan mendapat pulangan yang lebih besar.

Bagi yang telah terlambat, masih juga boleh bermula, daripada tidak bermula langsung.

Seseorang yang mula menyimpan secara konsisten sejak bermula kerja akan membunyai tabungan yang lebih besar. Ditambah pula dengan compounding effect yang diperolehinya.

Tips: Cara membuka akaun SSPNi bagi pihak anak.

Walaubagaimanapun tidak bermakna untuk kita menabung itu sudah terlewat. Kita masih boleh bermula dan menyaingi mereka yang bermula awal. Syaratnya simpanan kita perlu lebih besar dan kerap untuk mengejar mereka yang telah lama menyimpan.

#16 Jangan simpan di tempat yang mempunyai pulangan tinggi.

Pelik bunyinya. Sepatutnya kita perlu menyimpan di tempat yang mempunyai dividen atau pulangan yang tinggi, untuk membuatkan duit kita bekerja dan menggandakan dirinya. Benar.

Secara mudahnya, compounding effect ini ilah keadaan di mana pulangan dari satu pelaburan dilaburkan semula untuk mendapatkan pulangan yang lebih besar. Contohnya sekiranya kita mempunya simanan di amanah saham yang memberikan pulangan 6% setahun. Simpanan kita pula ialah RM1000 setahun.

Tahun pertama: Simpanan + Dividen = RM 1060.00 (RM 1000 + 6%*1000)

Tahun kedua: Simpanan + Dividen = RM 2183.60 (RM 1060 + RM 1000 + 6%*2060)

Begitulah seterusnya.

Larangan menyimpan di tempat yang mempunyai ‘pulangan’ tinggi ini merujuk kepada skim pelaburan yang berunsurkan penipuan. Sebagai panduan, anda perlu berhati-hati apabila pulangan yang dijanjikan ialah 10% dan kea atas. Biasanya ada udang di sebalik batu.

#17 Simpan ikut nilai matawang.

Cara menyimpan duit yang ke-17 ini merupakan cara unik yang diamalkan oleh ramai orang. Contohnya mudah, setiap kali dapat duit kertas satu ringgit, ianya tidak akan dibelanjakan. Duit itu akan disimpan dan pada akhir bulan atau akhir tahun, duit itu akan di masukkan ke dalam bank.

Keseronokan menyimpan dengan cara ini ialah apabila kita melihat berikat-ikat duit kertas yang disimpan tadi. Visual ini akan memberi kita semangat untuk menyimpan lagi. Simpanlah di tempat yang mudah dilihat untuk memberi semangat. Disamp[ing itu juga, kita perlua ada semangat yang kuat untuk tidak menggunakan simpanan ini.

Berbeza dengan kaedah lain di atas, cara menyimpan duit sebegini tidak emmerlukan tempoh masa dan sasaran. Oleh itu ia sebenarnya lebih sesuai dikategorikan sebagai satu tabiat berbanding satu kaedah.

#18 Jangan guna duit ‘durian runtuh’.

‘Durian runtuh’ ialah istilah yang digunakan bagi duit yang diperoleh secara tidah disangka-sangka. Mungkin dari duit bonus, bayaran hutang lapuk, menang peraduan ataupun menjadi jutawan melalui SSP BSN.

Apabila dapat duit sebegini kita seharusnya tidak menggunakan duit itu. Duit ini hanya boleh digunakna dengan cara berikut sahaja;

  1. Bekukan menggunakan cara menyimpan duit #11.
  2. Melangsaikan hutang seperti kaedah menyimpan duit #14.

Kita perlu berhati-hati kerana apabila sampainya ‘durian runtuh’ ini biasanya akan muncul pula ‘keperluan-keperluan lain yang muncul.

Belajar untuk berkata tidak dalam hal perbelanjaan, terutamanya untuk diri sendiri. Apabila kita berjaya menidakkan keinginan diri sendiri, menyimpan duit akan menjadi lebih mudah.

#19 Senaraikan barang yang dibeli.

Kita biasa dengar istilah shopping list. Sebenarnya konsep itu boleh dikembangkan dalam seluruh kehidupan kewangan kita. Mungkin dahulu list ini di atas kertas, jadi sukar untuk dibawa ke mana-mana. Sekarang sudah banyak aplikasi telefon pintar yang menggantikan senarai itu.

Senarai ini hendaklah dibuat sebaik-baiknya ketika kita tidak berduit, ketika gaji belum diterima. Ini bagi membolehkan kita menyenaraikan barangan yang betul-betul perlu sahaja dan bukannya barangan yang teringin. Tetapkan diri pada senarai ini dan elakkan dari membeli barang yang tiada dalam senarai.

Sekiranya terpaksa atau kecemasan berlaku, gunakan peruntukan dari bajet kecemasan dalam bajet bulanan yang kita bina dengan cara menyimpan duit #7. Jika tidak, masukkan sahaja ke dalam senarai bulan berikutnya. Kemungkinan besar kita merasakan pada masa itu, keinginannya sudah berkurang.

#20 Jual barangan yang tidak diperlukan.

Kadang kala kita tergelincir dan akan membut pembelian barangan yang tidak diperlukan. Biasanya pakaian cantik berjenama ataupun pembelian yang berdasarkan hobi. Sekiranya kita kesempitan wang, juallah barangan sebegini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang hutang.

Tidak bermakna setiap yang kita boleh jual itu ialah barang yang kita beli atas kesilapan dan keiginan semata-mata. Ada barang yang mungkin semas kita beli ia diperlukan, tetapi sekarang tidak lagi menjadi keperluan.

Contohnya apabila anak kecik kita telah membesar, kita boleh menjual semuala kereta sorong, walker atau buaian dengan harga yang murah.

Begitu juga alat ganti kereta atau motosikal. Apabila kita telah menjual kenderaan tersebut dan membeli pula kenderaan yang lain, mana-mana alat ganti yang tidak bersesuaian bolehlah di jual dengan harga yang murah.

Kadang kala, kita suka mengumpul. Mungkin syiling, pisau, pen atau sebagainya. Mana mana koleksi yang dirasakan sudah tidak dikehendakai atau kita mempunyai lebih dari satu koleksi barangan yang sama bolehla dijual.

Sekiranya tidak dijual, bolehlah ditukarkan pula dengan item lain dengan pengumpul yang lain unutk menggelakkan kita mengeluarkan duit membeli barang yang ingin kita kumpul (swap).

#21 Dapatkan sokongan moral.

Dalam berjimat dan menyimpan duit, kita memerlukan sokongan moral. Kalau isteri, perlulah disokong dna digahami suami, begitu jugalah sebaliknya.

Sokongan ini perlu ketika kita merasa berputus asa dalam menyimpan duit. Apabila tidak lagi bermotivasi untuk menabung wang, kita perlu dorongan dan kata-kata semangat dari orang sekeliling terutamanya orang yang kita sayang.

21 cara macam mana nak simpan duit dengan mudah.

Kesemua cara di atas amatlah bagus jika dapat dilaksanakan. Buat permulaan, tidak salah kita hanya mencuba sebahagian sahaja. Bermula dengan cara menyimpan duit yang kita rasa mudah selesa dan realistik untuk dilakukan. Lama-kelamaan, kembangkan cara tersebut dan cuba kuasai semuanya satu persatu.

SELAMAT MENABUNG UNTUK MASA HADAPAN