Benarkah tidak akan kaya dengan menyimpan?

Sedikit sedikit lama – lama jadi bukit.

kalau berbincang tentnag menabung, mustahil tidak pernha mendengar ungkapam di atas. Tapi benarkah menyimpan tidak akan menjadikan sesornag kaya? Kaya disini, aku maksudkan kaya duit, bukan kaya dar segi ilmu, bukna kaya dengan merasa cukuo dengan ala yang ada.

Tetapi, yang aku maksudkan ialah kaya dalam erti kata mempunyai duit yang banyak.

Menyimpan tidak akan menjadikan seseorang jutawan.

Dalam kebanyakan ‘orang kaya’ yang aku jumpa, mereka akan bercakap demikian. Mereka berpendapat hendak kaya, kena melabur. Kalau teringin duit banyak, caranya kena keluarkan duit sebagai modal. Seboleh-bolehnya duit yang ingin hendak dimodalkan itu diserahkan kelada mereka. Anda tidak mampu kaya dengan menyimpan. Kalau nak kaya, jadilah downline dia.

Begitulah lebih kurang.

menyimpan semata-mata memang tidak akan menggandakan duit yang ada, tetapi masih boleh menjadikan anda kaya. Tahukah anda, kerani seklaipun, dengan pengurusan kewangan yang bijak dan permulaan yang awal, mampu menandingi big bossnya yang boros di hari persaraaan.

Menyimpan, bukan menambahkan duit. Tetapi menambahkan displin dalam menguruskan duit. Displin inilah yang akan menjadikan anda kaya. Menyimpan akan mendorong kita berkira dengan duit, kedekut untuk mengeluarkannya dengan sewenang-wenangnya. Maka, secara semulajadinya kita akan berhati -hati dengan duit.

Kita tidak mudah terjebak dengan pelaburan yang menguntungkan orang lain dengna menjadikan kita sebagai mesin duit mereka.

Bertuahnya ada tabung buluh.

Tabung buluh, tin milo ditebuk penutup atau patung ayam, sesiapa yang mengenali dan biasanya menggunakan objek ini semasa kecil patut merasa bertuah. Mendapat pendidikan tidak langsung atau secara teratur tentang displin kewangan merupakan satu rahmat, jika, sikap celik kewangan ini dibawa ke alam dewasa.

Berkira itu bagus, jika kena pada tempatnya.

Sebahagian manusia yang lain tidak merasa semua ini. Ada yang seumur hiduo tidak pernah menabung. Ada yang telah terjebak hutang yang banyak sebelum baru mula hendak belajar menguruskan duit sendiri. Mungkin telah terlewat, tapi masih boleh dibetulkan, jika ada kemahuan.

Menabung tidak akan membuatkan kita kaya.

Simpanlah di Amanah Saham, Tabung Haji, atau mana-mana akaun fixed deposit, pulangannya amat sedikit, tidak akan menukarkan seseorang menjadi kaya semlip mata. Tapi ornag yang menbaung inilah yang biasanya menjadi kaya dan dalam keadaan kewangan yang stabil.

Kerana, tabiat menyimpan itu yang menjadikan mereka kaya. Displin menyimpan setiap bulan itu yang menjadikan mereka cermat, bukan jumlah ynag disimpan. Jumlah itu akan datang secara perlahan-lahan.

Menjadi kaya secara slow and steady adalah lebih abaik daripad amenjadi kaya sekelip mata dan hilang segalanya sekelip mata.

Kaya ialah sikap, bukan satu nombor. Mengekalkan kekayaan ialah satu kemahiran. Menyimpan setipa bulan juga satu ilmu yang perlu dipelajari. Sebagaimana ilmu yang lain, ada kalanya boleh dipelajari percuma, ada kalanya perlu dibayar. Asalkan jangan yang bertambah kaya itu orang yang mengajar, penuntutnya pula sekadar terkinja-kinja bermimpi memeluk duit berguni -guni.