TheDuit.com

Buat blog bukan susah. Aku mampu buat satu, maknanya hampir semua orang boleh buat apa yang aku buat. Sebabnya, aku hanya manusia sederhana kalau nak diukur dari segi kemahiran dalam bidang komputer dan blog. Asalkan mahu belajar, membina sebuah blog bukanlah susah.

Membina blog sebagai penjana pendapatan.

Bagi memiliki sebuah blog, kita cuma perlu satu alamat email sahaja. Menggunakan alamat email ini, kita boleh mendaftar untuk blog percuma di wordpress.com atau blogger.com. Dua website ini merupakan yang plaing popular sebagai penyedia platform percuma untuk penulis blog belajar menulis blog sebagai permulaan.

Aku pernah cuba kedua-duanya. Pada pendapat peribadi aku, jika di Malaysia, platform blogspot lebih popular berbanding wordpress. Kedua-duanya mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Kedua-duanya merupakan platform yang bagus untuk belajar, sehinggalah satu masa seseorang itu merasakan dia perlu keluar daripada kepompong itu, melangkah ke dunia blog berbayar.

Apa yang kita perlu bayar sebenarnya? Ada dua perkara utama; domain dan hosting. Domain ialah nama blog kita yang diakhiri dengan perkataan .com, .my, .net dan sebagainya. Hosting boleh diibaratkan seolah-olah tanah atau tapak yang perlu disewa untuk meletakkan nama yang juga perlu dibayar, lazimnya secara tahunan.

Seperti yang aku tulis tadi, buat blog itu senang. Buat duit dengan blog itu yang mencabar, aku belum boleh katakanya senang sebab aku sendiri belum mahir.

Tapi.

Buat duit dengan blog bukan perkara mustahil.

Menulis blog tidak semestinya kerana duit.

Salah seorang guru aku (ye, kalau nak berjaya buat blog sebagai punca pendapat, perlulah berguru), pernah berkata, buatlah blog yang baik, duitnya akan datang kemudian. Tanpa pengunjung, blog tidak boleh menjana duit. Zero visitor = zero money.

Tapi tidak semua orang menulis blog untuk duit. Aku pernah terserempak banyak blog yang ditulis semata-mata sebagai hobi yang tersemarak kerana perasaan ingin berkongsikan sesuatu. Mungkin penulisnya berkongsi ilmu, berkongsi kisah, atau sekadar menulis untuk kepuasan dirinya sendiri. Perkataan monetize tidak pernah ada dalam agenda blog mereka.

Mereka bukan orang yang rugi kerana tidak memperolehi duit daripada blog mereka. Selagi matlamat peribadinya tercapai, itu sudah boleh dikira kejayaan.

Macam mana buat duit dengan blog dimalaysia

Blog sebagai sumber pendapatan utama.

Zaman seawal blog dan laman web mula boleh menjana pendapatan di Malaysia, tidak ramai yang nampak potensinya sebagai sumber pendapatan. Pelopor dalam bidang ini menjadi jutawan(?) senyap, sen demi sen dalam matawang dollar. “Buat duit USD” itulah istilah yang sering dicanang oleh mereka.

Berbeza dengan keadaan sekarang, pembina laman sesawang, penulis blog, pengendali media sosial sudah menganggap bidang mereka sebagai profesyen yang dijadikan sumber utama membuat duit. Tidak musthail, malah boleh dijadikan nyata dalam pelbagai pilihan platform. Semuanya bergantung kepada usaha.